///.... PAUTAN KHAS ---> ......
Monday, 2 June 2014
Thursday, 22 May 2014
Selamat Hari Guru 16 Mei
Guru Oh Guru
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selamat Hari Guru untuk semua........
Tuesday, 20 May 2014
Karya
....darah dan air mata....
Tubuh manusia
Mengandung banyak air
Namun bila TUBUH terluka..
....maka
Darah yang akan mengalir;
Hati manusia
Penuh mengandung darah
Namun bila HATI terluka
.......maka
Air akan mengenang dan
mengalir laju....
.....air mata..
.....air mata..
......kbh...mei14
................ooooooooooooooo...........................
Sinar
Kicau Murai
Mentari indah
Harapan terpancar
Usia rasa remaja
Esok angin terus berbisik
Hati rasa ghairah
Ke hadapan harapan terus subur
Masa berlalu terus indah
Menjelang petang
Bayu berbahabg dahaga..
Hati resah perlu bekalan
Doa akan menambah pasrah
Esok pasti ada bahagia
kbh 20 mei
cpd putrajaya
Lawatan Balas UPI ke JIP IPGKIK
Lawatan Balas Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia Bandung ke
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Pada 12 Mei 2014 seramai 50 pelajar dan Pensyarah dari Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung telah mengadakan lawatan akademik ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mendidik dan melatih bakal guru di pusat pengajian masing-masing.
Rombongan tiba jam 2.00 petang terus dibawa ke lobi Perpustakaan untuk bergambar beramai-ramai bersama Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah dan KJ Jabatan Ilmu Pendidikan. Selesai bergambar mereka beredar ke Dewan kuliah untuk acara seterusnya.
Majlis dimulai dengan taklimat dari Timbalan Pengarah Dr. Roziah bt. Abdullah berkaitan dasar latihan pendidikan kemudian disusuli taklimat oleh En. Amiruddin Zainuddin berkaitan struktur latihan dan kurikulum pendidikan latihan guru di IPGKIK.
Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat oleh Prof Dr. Udin Syaefudin Saud, Ph. D. berkaitan struktur dan pelaksanaan program pendidikan perguruan di UPI. Disentuh juga berkaitan perlantikan guru-guru di seluruh Indonesia. UPI melatih semua guru untuk keperluan sekolah rendah dan sekolah menengah. Jumlah kesemua guru di Indonesia adalah seramai 2.6 juta orang (sekolah rendah dan sekolah menengah).
Dalam sesi soal jawab, antara perkara yang diutarakan ialah cara pelaksanaan latihan, penempatan guru, kerjaya guru, peluang kenaikan pangkat guru-guru. Semua soalan telah diberi jawapan dengan bernas dan memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertanya. Sesi pertukaran cendera hati disempurnakan oleh Dr. Roziah bt. Abdullah kepada Prof Dr. Udin Syaefudin Saud, Ph. D.
Rombongan seterusnya dibawa melawat Galeri Seni Tan Seri Rafie Mahat sambil dipersembahkan nyanyian daripada kumpulan muzik PPISMP J2.4. Majlis berakhir dengan jamuan ringan.
Kolaborasi JIP IPG KIK bersama UPI
PROGRAM PENGANTARABANGSAAN AKADEMIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS(JIP IPGKIK) dan
FAKULTAS ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA (UPU) telah menandatangani satu nota persefahaman bersama pada 7hb. Mei 2014 seramai 22 orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas diketuai oleh Ketua Jabatan En. Mohd On bin Ahmad telah berkunjung ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung dalam usaha untuk menjalin kerjasama dalam bidang akademik. Kehadiran kami telah diberi sambutan yang sangat mesra oleh pihak universitas. Awal ketibaan kami disambut dengan persembahan angklung oleh pelajar-pelajar jurusan muzik universitas tersebut.
Kami seterusnya dialu-alukan dalam satu majlis oleh Dekan Fakultas Ilmu Pendidikan Prof. Dr. Ahman, M.Pd. dengan mengalu-alukan kehadiran rombongan kami dan memperkenalkan barisan pensyarahnya. Seterusnya beliau memberi taklimat berkaitan struktur kurikulum dan pelaksanaan latihan perguruan di UPI.
Kemudian disusuli dengan taklimat struktur kurikulum dan perlaksanaan latihan guru di IPGKIK oleh Pn. Rafidah bt. Ruhani. Selesai sesi taklimat, sesi soal jawab di antara kedua-dua pihak dijalankan untuk mendapatkan pencerahan pelaksanaan latihan perguruan. Seterusnya upacara menandatangani NOTA KOLABORATIF oleh kedua-dua pihak. Kami JUGA dibawa melawat ke beberapa bilik khas seperti bilik Pendidikan Khas tuna lihat, bilik Micro Teaching dan beberapa bilik berkaitan pembelajaran dan pengajaran
.

.
Subscribe to:
Posts (Atom)